Skip to main content

Lahirnya Mia Naira ke Dunia

14 Ogos 2019 merupakan satu lagi tarikh yang sangat bermakna dalam hidup saya. Lahirnya anak ke 3 yang juga merupakan Puteri kedua kami

No 1: Muhammad Mukhlis
No 2: Musfirah Nahilah
No 3: Mia Naira 

mia naira

Alhamdulillah kelahiran Mia Naira melengkapkan keluarga kami. Insyaallah she will be the youngest :). Itu perancangan kami buat masa ni la. Tak tahu kalau nanti-nanti teringin lagi sorang. Hehehe.

Ok, nak kongsikan sikit pengalaman melahirkan Mia Naira ni.

Saya dah start sakit masa 13 Ogos siang. Tapi masa tu sakit yang macam ada tak ada lagi. Tapi bila malam tu, sakitnya dah makin rancak dan tak boleh tidur lena. Asik terjaga sahaja. Oh ok sebelum tu nak cerita, untuk dua kelahiran sebelum ni, saya tak pernah tunggu sakit datang secara semulajadi. 

Mukhlis dilahirkan masa 39 minggu. Masa tu last check up saya dengan doktor, and doktor check jalan dah terbuka 2 cm dan air ketuban dah berkurang. Doktor cakap kita bersalin hari ni je la ya. Saya pun setuju sebab memang tak ada pengalaman kan. Pembacaan pun kurang jadi memang serah diri je. Lepas zohor doktor masukkan pictocin dan waktu maghrib lahirlah putera sulong kami, Alhamdulillah. Mukhlis lahir di private wing Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

Musfirah pula dilahirkan pada 38 minggu. Masa routine check up tu doktor check dah ada jalan 4 cm, jadi doktor ajak bersalin. Tapi air ketuban OK je lagi. Masih banyak. Apa yang buat saya setuju terus nak bersalin sebab doktor kata, "Kalau awak nak bersalin hari ni saya ada. Esok saya tak ada. Cuti".

Alaaaa frust sikit bila dengar sebab saya memang suka doktor tu. Jadi bila dia kata esok dia cuti rasa tak syoklah. Kalau esok bersalin, tak ada rezeki nak bersalin dengan dia. Jadi dah alang-alang dah buka 4 cm tu, kita on kan je. Sebelum doktor drip pictocindoktor check dah 5 cm bukaan. Selepas Isya doktor drip pictocin dan dua jam selepas itu Alhamdulillah berjaya melahirkan Musfirah. Musfirah lahir di Hospital Pakar Annur, Selangor.

Jadi nak ceritanya memang saya tak pernah bersalin secara semulajadi. Tapi kali ni memang tunggu untuk sakit sendiri. Disebabkan tak pernah ada pengalaman, jadi memang sangat-sangat confuse ni sakit contraction nak bersalin ke ataupun false alarm je. Sebabnya contraction tu bearable je. Boleh tahan and nak kata sakit sangat-sangat tu tak de lah.

Disebabkan tak tahu ni sakit nak bersalin ke tak, walaupun contraction makin kerap and rasa sakit tu makin kuat (tapi dalam fasa yang boleh tahan lagi) saya pun attend dulu business meeting dengan team. Meeting tu pukul 10 pagi sampai pukul 12 tengah hari macam tu.

Sebelum balik dari meeting, saya pergi toilet dulu dan dah ada tanda darah. Agak banyak jugalah. Jadinya dari meeting tu terus ke Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka. Sebelum tu dah call husband siap-siap kata saya nak ke hospital ni. Rasa nya dah nak bersalin. Jadi husband pun dari tempat kerja bergegas ke hospital.

Selingan jap. Alhamdulillah, masa ni mak ayah saya yang hantar pergi meeting sebabnya bila saya dah mengadu start sakit-sakit tu, mak dah macam risau dan tak bagi saya drive sendiri sedangkan saya memang nak pergi sendiri je. Tapi mak sangat risau dan suruh ayah ikut  sekali. Hehehehe. Jadi ayah dan mak la yang bawa saya pergi ke Hospital Pantai. 

Sampai hospital, saya solat dulu, kemudian baru admit ke labour room. Lebih kurang pukul 3 pm admit. Masa ni tak lunch lagi tau sebab cuaknya la haii. Macam nak bersalin anak sulong. Bila tak makan sah-sah la lapar. Masa dalam labour room tu cakap pada nurse saya lapar, tak sempat lunch lagi. Tadi saya ada meeting. 

Nurse tu baik sangat tau. Dia tanya saya nak apa? Saya kata saya nak makan roti yang beli tadi. Saya ada beli roti sebelum naik labour room. Then nurse tanya, puan nak air milo tak? Saya kata OK juga. Nak lah air milo. Jadi dia buatkan saya air milo sekali bagi sandwich. Rasa happy sangat masa tu sebab dapatlah juga kan alas perut dan rasa kenyang. Confident sikit nak push.

Sebelum saya request makan tu, nurse dah check bukaan. Bukaan masa tu dah dalam 5 cm, and dia predict pukul 6 petang boleh bersalin dah ni.

Honestly masa tu memang saya tunggu diorang masukkan pictocin. Dua kelahiran sebelum ni kan guna pictocin jadi saya ingatkan memang dia akan  dripkan pictocin juga. Tunggu punya tunggu rupanya dia tak dripkan pictocin pun. Suruh bukaan terbuka sendiri. Dan honestly juga masa tu rasa yang nurse punya prediction salah. Takkan lah bukaan boleh terbuka 10 cm dalam masa 2, 3 jam je. Memang masa tu ingatkan kalau nak bukaan cepat terbuka kena bantuan pictocin. Hahaha. Dah anak 3 pun masih noob lagi.

Ok lepas dah makan tu, saya pergi buang air kecil jap. Lepas je buang air kecil tu, rasa contraction makin menjadi-jadi. Nurse cakap puan baru lepas kencing kan. Memang lepas kencing ni baby makin turun dan contarction makin kuat.

Disebabkan rasa macam nak push sangat-sangat, minta nurse tu check bukaan sekali lagi. Nurse kata oh dah 8 cm dah. Waktu tu rasa macam ala baru 8 cm. Tak boleh push lagi.

Masa 8 cm tu of course sakit dah makin kuat tapi dengan teknik pernafasan yang betul, sangat membantu untuk redakan rasa sakit. Tapi bukan setiap kali contraction datang dapat kawal pernafasan tu. Ada yang termiss juga sebab dah tengah sakit kan. Hahaha. Tapi Alhamdulillah overall sakit tu boleh tahan. Rasa contraction kali ni tak sesakit macam contraction lahirkan Musfirah dulu.

Disebbab tak boleh push lagi makanya kita menahan sakit lagilah. Sampailah ada satu part tu, masa contraction datang, rasa nak push sangat-sangat. Jadi saya pun push. Tiba-tiba 'pop'. Air ketuban pecah. Perghhh masa tu rasa nak push lagi lah menjadi-jadi tapi nurse kata sabar-sabar tunggu kejap. Tengah panggil doktor.

Dalam masa 3 minit macam tu doktor pun sampai. Alhamdulillah doktor sampai cepat. Doktor suruh push. Tapi entah kenapa masa tu lupa sangat yang kena push di bahagian perut bukan push di tekak. Tahu tak kenapa masa tu fikiran terganggu? Sebab masa to saya rasa sejuk teramat sangat. Air cond nya kuat sangat. Sebelum tu ada request nak minta perlahankan air cond tapi of course tak boleh sebab air cond centralized.

Masa sebelum deliver tu memang pakai selimut. Tapi itupun masih rasa sejuk teramat sangat. Masa nak push pula, diorang dah alihkan selimut. Lagilah rasa sejuk. Menggigil weyh kaki. Sejuk gila-gila. So masa tu sangat terganggu. Mana nak tahan sejuk yang menggigil tu, mana nak push lagi. Itu yang tak dapat nak fikir tu.

Disebabkan saya push di tekak, makanya makanan yang makan tadi pun terkeluar sekali. Bila doktor perasan, doktor minta nurse lapkan mulut, then doktor kata, awak kena push di perut bukan kat tekak. Masa tu baru tersedar eh ya la. Dah kenapa aku push kat tekak.Then lepas tersedar tu saya push ikut perut dan Alhamdulillah keluarlah Mia Naira pada pukul 5.53 petang seberat 2.93 kg. Very close dengan ramalan nurse tadi. Hebat betul nurse. Hehehe.

Alhamdulillah selamat sudah Mia Naira diahirkan. Lega sangat lepas dia dah keluar tu. Dan lagi bertambah syukur bila doktor beritahu yang baby Mia Naira Alhamdulillah sihat semuanya tanpa ada apa-apa masalah. Ya Allah memang syukur sangat-sangat.

Fresh.

Ok tu je la nak kongsikan pengalaman bersalin Mia Naira. Overall, sangat syok pengalaman bersalin kali ini. Tanpa painkiller, tanpa pictocin, keadaan labour room dan wad di Hospital Pantai yang kondusif, nurse dan doktor yang baik. Saya bersalin dengan doktor Hanisah. Orangnya agak tegas dan very confident. Oh ya masa nak push tu kan, disebabkan terganggu dengan kesejukan yang menggigil, saya cakap arggghh tak boleh nak push. Tapi doktor kata bole boleh. Cuba lagi. Supportive sangat doktor.

Saya request untuk single room dan Alhamdulillah dapat sebab orang yang sebelum tu baru discharge. Sangat selesa. Alhamdulillah.

3 beradik.

Ok la. Kita jumpa lagi di next entry ya. Korang kalau ada experience yang best kongsikan lah sekali :).

Comments

Popular posts from this blog

Home and Mobile Spa Packages

Admin Ukiran Kasih ada menjalankan perniagaan home and mobile spa yang diberikan nama XOXO Home and Mobile Spa. Berikut merupakan pakej-pakej yang available di XOXO Home and Mobile Spa. Sekiranya berminat untuk manjakan diri dengan spa, boleh hubungi saya di 010-4031219 (syuhaidah) dan nyataka pakej yang ingin diambil. Area covered: Melaka. Instagram :  XOXO Home and Mobile Spa . Facebook page: XOXO Home and Mobile Spa. Facebook personal:  Syu Syuhaidah.

Yellow Belt untuk Musfirah.

Saya hantar Musfirah taekwondo asalnya suka-suka je. One day tu Musfirah balik rumah, bawa balik  borang  Taekwondo dan beritahu saya yang dia nak  join. Bila bincang dengan husband, husband kata boleh je, so saya pun beritahu Musfirah yang ok, boleh join. She was so happy and sangat tak sabar untuk start her first class. Oh ya dia dapat borang Taekwondo tu dari tadika nya, Teacher dia yang berikan. Saya dulu pun Taekwondo juga, Join Taekwondo dari darjah 4 sampai darjah 6. Dari white belt sampai  red belt. Tapi tak   habiskan Taekwondo tu   bila dah pergi boarding school. Jadi bila Musfirah semangat nak join, saya pun tumpang excited sekali. Hehehe . Bila masukkan dia tu, memang tak de expectation apa-apa.  Siap fikir Musfirah ni   akan white belt sampai  6 tahun kot . Ye la sebab sekarang ni baru 4 tahun. Mesti dia tak pandai nak...