Skip to main content

Yellow Belt untuk Musfirah.

Saya hantar Musfirah taekwondo asalnya suka-suka je. One day tu Musfirah balik rumah, bawa balik borang Taekwondo dan beritahu saya yang dia nak join. Bila bincang dengan husband, husband kata boleh je, so saya pun beritahu Musfirah yang ok, boleh join. She was so happy and sangat tak sabar untuk start her first class. Oh ya dia dapat borang Taekwondo tu dari tadika nya, Teacher dia yang berikan.


Saya dulu pun Taekwondo juga, Join Taekwondo dari darjah 4 sampai darjah 6. Dari white belt sampai red belt. Tapi tak habiskan Taekwondo tu bila dah pergi boarding school. Jadi bila Musfirah semangat nak join, saya pun tumpang excited sekali. Hehehe.

Bila masukkan dia tu, memang tak de expectation apa-apa. Siap fikir Musfirah ni akan white belt sampai 6 tahun kot. Ye la sebab sekarang ni baru 4 tahun. Mesti dia tak pandai nak buat sangat. Mesti dia tak faham sangat macam mana nak buat. Mesti dia tak reti nak terima arahan untuk do all the techniques.

Aduila hai teruk betul ibu punya thoughts. Very negative. Sorry Musfirah sebab tak percaya kepada kebolehan Musfirah. One day nanti bila Musfirah baca cerita ni jangan marah OK. Hehehe.

Selepas dah join tu, kelas berjalan seperti biasa. Setiap hari Jumaat pukul 11 hingga 12 tengah hari. Yurannya RM 35 sebulan. 

Satu hari tu Musfirah bawa balik borang, beritahu ibu Musfirah nak pergi grading, nak naik yellow belt. Grading ini akan diadakan bilamana nak naik grade.

White > Yellow 1 > Yellow 2 > Green 1 > Green 2 > Blue 1 > Blue 2 > Red 1 > Red 2 > Black.

Haaa tu dia. Panjang betul perjalanan nak naik ke black tu. Saya dulu dah sampai red 2 dah. Sayang kan. Sikit lagi nak ke black belt. 

Actually bila Musfirah bagi form yang dia nak pergi grading tu, saya memang tak percaya. Tanya dia, kakak boleh buat ke dan dia kata dia boleh buat. Bila minta dia buat dekat rumah, dia tak nak buat. Nak buat kat sekolah je. Lagi la saya confuse. Dia ni betul ke? Betul ke boleh buat ni?

Disebabkan curiosity yang membuk-buak, maka saya call Master Taekwondo dia. Nak tanya dia, betul ke Musfirah boleh buat ni? Dia memang layak ke pergi grading?

Master tu pun cakap, "Boleh puan. Dia boleh buat. Sebab tu saya bagi dia borang grading tu. Kalau dia tak boleh buat, saya tak bagi borang tu".

Haaaa lebih kurang macam tu la dia reply ke saya. So bila dah dengar Master sendiri kata OK, so saya pun proceed la dengan isi borang dan buat pembayaran. 

290919 ni tarikh first grading Musfirah. Saya memang excited sungguh nak tengok dia buat sebab sebelum ni memang tak pernah tengok.

Start grading dalam pukul 8.30 pagi tapi kami dah sampai awal juga sebab memang diminta untuk datang awal. Grading ni beramai-ramai tapi ikut belt. White belt dengan white belt je, yellow belt dengan yellow belt je, dan seterusnya. Jadinya Musfirah bersama kelompok white belt yang berumur 4 tahun.

Bila start je grading tu saya pun start sekali dengan rasa nervous. Hahahaha. Memang mata tertumpu pada Musfirah je. Tak pandang sangat pun budak-budak yang lain.

Amazingly, she did it very well. Bukan lah nak membangga sangat kan. Hahahaha. Tapi dalam kelompok 4 years tu dia antara participant yang tak buat silap. Ya Allah masa tu rasa bersalah sangat sebab tak percayakan dia sebelum ni. 

And Alhamdulillah everything went well and 041019 hari tu dapat result yang she passed the grading and officially the yellow belt is hers.


Saya ada record video Musfirah masa grading tu. Selepas settle grading di dewan, berulang-ulang kali juga saya tengok video tu. Musfirah nampak sangat fit and tegap bila buat all the techniques walaupun badannya kecil je. She is small but strong.

Saya cakap dengan husband, "abang saya rasa kalau dia ni di polish betul-betul boleh pergi jauh ni". So we will see how. Sama ada Taekwondo akan jadi Musfirah punya passion and mewakili negara dalam Olimpik one day nanti atau sekadar hobi suka-suka di masa lapang. :).

Ok. tu je yang saya nak kongsikan dalam entri kali ni. Jumpa lagi nanti :).

----------

Sekiranya berminat untuk merehatkan diri dengan spa, boleh ke LINK INI dan lihat pakej yang disediakan.

Spa ini berkonsepkan mobile iaitu spa bergerak tanpa kedai. Sekiranya hendak berspa tetapi tiada masa ataupun ada kekangan untuk keluar rumah, anda tak perlu risau. Saya boleh datang ke tempat anda dan anda boleh manjakan dan rehatkan diri dengan spa.



Whatsapp: 010-4031219
Facebook: XOXO Home and Mobile Spa.
Intsgram: xoxo_home_and_mobile_spa.


Comments

Popular posts from this blog

Home and Mobile Spa Packages

Admin Ukiran Kasih ada menjalankan perniagaan home and mobile spa yang diberikan nama XOXO Home and Mobile Spa. Berikut merupakan pakej-pakej yang available di XOXO Home and Mobile Spa. Sekiranya berminat untuk manjakan diri dengan spa, boleh hubungi saya di 010-4031219 (syuhaidah) dan nyataka pakej yang ingin diambil. Area covered: Melaka. Instagram :  XOXO Home and Mobile Spa . Facebook page: XOXO Home and Mobile Spa. Facebook personal:  Syu Syuhaidah.

Lahirnya Mia Naira ke Dunia

14 Ogos 2019 merupakan satu lagi tarikh yang sangat bermakna dalam hidup saya. Lahirnya anak ke  3 yang juga merupakan Puteri  ke dua kami .  No 1: Muhammad Mukhlis No 2: Musfirah Nahilah No 3: Mia Naira  Alhamdulillah kelahiran Mia Naira melengkapkan keluarga kami. Insyaallah she will be the youngest :). Itu perancangan kami buat masa ni la. Tak tahu kalau nanti-nanti teringin lagi sorang. Hehehe . Ok, nak kongsikan sikit pengalaman melahirkan Mia Naira ni. Saya dah start sakit masa 13 Ogos siang. Tapi masa tu sakit yang macam ada tak ada lagi. Tapi bila malam tu, sakitnya dah makin rancak dan tak boleh tidur lena. Asik terjaga   sahaja . Oh ok sebelum tu nak cerita, untuk dua kelahiran sebelum ni, saya tak pernah tunggu sakit datang secara semulajadi.  Mukhlis dilahirkan masa 39 minggu. Masa tu  last check up saya ...