Bila bincang pasal kehidupan dunia ni, memang tak lari daripada membincangkan berkenaan kekayaan. Kita suka tengok orang kaya dan kita pun nak jadi kaya. Kita pun nak berusaha ke arah kekayaan. Kalau boleh apa yang orang ada kita nak ada juga. Orang makan restoran 5 bintang setiap hari, kita pun nak juga. Ada kawan kita dapat beli rumah RM 1 juta, kita nak juga. Ada saudara kita bawa kereta Lambo, kita nak juga. Eh mana boleh diorang je yang ada kan. Sedar tak sedar kita mula memasang impian dan bergerak ke arah itu. Mula memasang tekad dan angan untuk mendapat syurga dunia ini. Dan kita dapat !. Hasil daripada usaha keras itu. Dapat rumah sebesar istana. Duit dalam bank tak luak-luak. Guna banyak mana pun, masih lagi banyak yang masuk. Sampai pelik . Duit ni bila nak habis? :) Tapi selepas dapat semua ni, kemudian apa? Selama mana p...