Skip to main content

Nak Kaya Sampai Mana?

Bila bincang pasal kehidupan dunia ni, memang tak lari daripada membincangkan berkenaan kekayaan. Kita suka tengok orang kaya dan kita pun nak jadi kaya. Kita pun nak berusaha ke arah kekayaan. Kalau boleh apa yang orang ada kita nak ada juga.

Orang makan restoran 5 bintang setiap hari, kita pun nak juga. Ada kawan kita dapat beli rumah RM 1 juta, kita nak juga. Ada saudara kita bawa kereta Lambo, kita nak juga. Eh mana boleh diorang je yang ada kan.

Sedar tak sedar kita mula memasang impian dan bergerak ke arah itu. Mula memasang tekad dan angan untuk mendapat syurga dunia ini. Dan kita dapat!. Hasil daripada usaha keras itu.

Dapat rumah sebesar istana. Duit dalam bank tak luak-luak. Guna banyak mana pun, masih lagi banyak yang masuk. Sampai pelik. Duit ni bila nak habis? :)

Tapi selepas dapat semua ni, kemudian apa? Selama mana perasaan gembira dapat rumah sebesar istana itu bertahan? Selama mana rasa bahagia membawa kereta Ferari itu akan melekat di jiwa?

Kita akan rasa bahagia apabila dapat apa yang kita impikan. Iya itu betul. Kita juga akan rasa bangga dan gembira apabila semua angan-angan menjadi realiti. Tapi sampai bila perasaan ini? 

Contoh macam saya sendiri. Dulu, teringin sangat nak masuk hotel yang mewah-mewah, yang ada swimming pool. Sebab masa kecil-kecil dahulu, walaupun kami selalu berjalan dan menginap di hotel, tapi semuanya hotel budget. Sebab ayah kata buat apa nak hotel mahal-mahal? Kita datang nak jalan-jalan. Rugi kalau duduk hotel mahal-mahal. Emmmm. Make sense juga apa yang ayah cakap tu. Hehehe.


Tapi macam mana pun, tetap ada impian nak duduk hotel yang mahal sikit, yang ada swimming pool. And yeahhhhh Alhamdulillah, sekarang ni kalau pergi bercuti memang akan ambil hotel yang selesa, yang ada swimming pool dan yang ada facilities lain. Swimming pool tu memang tahap wajib sebab anak-anak request nak mandi pool setiap kali duduk hotel.


Masa awal-awal dapat duduk hotel yang ada swimming pool tersangatlah excited. Perasaan excited tu payah la nak describe. Kalau boleh timbang senyuman ni, mahu 5, 6 kg :).

Jadinya, setiap kali pergi hotel yang ada swimming pool memang wajib mandi. Ye la. Bukan selalu nak mandi pool ni. Bila ada peluang wajib lah rebut.

Lepas tu, dah makin kerap pergi hotel yang ada swimming pool. Kami pun dah mula upgrade jenis hotel yang kami nak menginap. Makin lama perasaan excited tu dah makin tak ada. Sampai satu tahap, ada masa tak tengok langsung pun swimming pool tu. Sebab dah biasa

Dulu-dulu sebelum dapat, tak sabar-sabar nak dapat. Bila dah dapat, rasa teruja yang teramat sangat. Tapi bila dah selalu sangat dapat, perasaan excited pun dah pudar. Rasa biasa-biasa je. 

Itulah maksud saya. Nak kaya sampai mana pun? Sekadar nak rebut nikmat dunia ni memang tak akan habis dan tak akan puas. Masa tak dapat nak sangat dapat. Masa dah dapat happy gilaaaa. Lepas dah dapat rasa biasa dan rasa nak lagi benda yang lebih tu akan datang. Dan benda ni tak akan stop selagi dalam hati kita ada nafsu yang sangat membara pada dunia ini.

Apa main point saya sebenarnya? Tak perlu jadi kaya ke? Duduk kat rumah, solat dan mengaji sahaja ke?

TIDAKBukan ini main point nya.

Nak jadi kaya? Silakan. Nak rumah ada mini zoo? Silakan. Nak target ada simpanan RM 10 juta? Silakan.

Tiada salahnya nak jadi kaya dan sangat digalakkan. Malah sebenarnya, bila kita ada pasang impian untuk menjadi kaya, untuk mendapat income yang besar, sedar tak sedar kita membaiki diri kita dari masa ke semasa. Dan bilamana kita sebagai orang Islam yang baik menjadi kaya, maka akan memberi banyak manfaat kepada ummah.

Point saya yang paling utama ialah objektif untuk kaya itu adalah untuk agama. Adalah kerana Allah Taala.

Seperti yang saya cerita tadi, nak kaya, kaya macam mana sangatlah yang kita nak. Macam mana kaya pun kita, itu je lah, dia. Nikmat dunia yang kita dapat ni, sekejap je kita akan rasa excitednya. Sekejap je kita akan rasa keghairahannya.

Sama juga la macam makan buffet di hotel. Masa tak pernah merasa makan buffet di hotel, selalu asik teringin je nak dapat. Tapi bila dah selalu pergi, rasa tak ada apa dah. Rasa biasa je dan lama-lama mulalah rasa jemu. Sila-silap cari mamak balik. Hehehe.


Hakikatnya, tujuan kita jadi kaya berbalik semula kepada agama. Memang asalnya kita nak ada banyak duit supaya keluarga kita boleh hidup dalam keadaan yang senang dan lebih selesa. Tapi akan ada satu masa nanti kita akan beralih kepada matlamat yang lebih besar. Aku kaya untuk ummah.

Dan itulah dia. Akhirnya kepuasan kekayaan itu bilamana kita menggunakan kekayaan untuk agama Allah. Banyakkan zakat dan sedekah suapaya ramai yang boleh dibantu. Menjadi orang kaya yang ada sedikit kuasa dan pengaruh supaya dakwah kita boleh sentuh lebih ramai orang. Berbanding dengan orang yang tiada pengaruh, orang yang berpengaruh ini lebih memberikan impak.

Tengok sahaja Vivy Yusof. Apabila beliau melancarkan kempen itu ini, selalu nya akan mendapat sambutan yang sangat-sangat memberangsangkan berbanding kalau orang yang biasa-biasa melancarkan kempen yang sama. Betul tak?

Akhir sekali saya nak ingatkan diri saya sendiri dan kita semua bahawa apabila kekayaan itu digunakan untuk menikmati nikmat dunia sahaja, maka kelazatannya tak kekal lama. Tetapi sekiranya kita menggunakan kekayaan untuk melakukan amal jariah, maka kelazatannya akan kekal lama dan dibawa sehingga ke akhirat nanti.

Ok itu sahaja coretan untuk entri ni. Actually terdetik nak tulis posting ini bila suami tanya, "kalau awak kaya awak nak apa?" Saya cakap saya nak beli rumah lagi. Kemudian husband cakap, "alahai kecil nya impian awak. Itu je yang awak nak?" Akhirnya terpaksa cover, "eh saya tak habis cakap lagi. Saya nak beli rumah supaya saya boleh infaq kan". Huuuhhh. Baik punya cover. Hehehe.

----------

Sekiranya berminat untuk merehatkan diri dengan spa, boleh ke LINK INI dan lihat pakej yang disediakan.

Spa ini berkonsepkan mobile iaitu spa bergerak tanpa kedai. Sekiranya hendak berspa tetapi tiada masa ataupun ada kekangan untuk keluar rumah, anda tak perlu risau. Saya boleh datang ke tempat anda dan anda boleh manjakan dan rehatkan diri dengan spa.



Whatsapp: 010-4031219
Facebook Page: XOXO Home and Mobile Spa.
Personal FB: Syu Syuhaidah.
Intsgram: xoxo_home_and_mobile_spa.

Comments

Popular posts from this blog

Home and Mobile Spa Packages

Admin Ukiran Kasih ada menjalankan perniagaan home and mobile spa yang diberikan nama XOXO Home and Mobile Spa. Berikut merupakan pakej-pakej yang available di XOXO Home and Mobile Spa. Sekiranya berminat untuk manjakan diri dengan spa, boleh hubungi saya di 010-4031219 (syuhaidah) dan nyataka pakej yang ingin diambil. Area covered: Melaka. Instagram :  XOXO Home and Mobile Spa . Facebook page: XOXO Home and Mobile Spa. Facebook personal:  Syu Syuhaidah.

Yellow Belt untuk Musfirah.

Saya hantar Musfirah taekwondo asalnya suka-suka je. One day tu Musfirah balik rumah, bawa balik  borang  Taekwondo dan beritahu saya yang dia nak  join. Bila bincang dengan husband, husband kata boleh je, so saya pun beritahu Musfirah yang ok, boleh join. She was so happy and sangat tak sabar untuk start her first class. Oh ya dia dapat borang Taekwondo tu dari tadika nya, Teacher dia yang berikan. Saya dulu pun Taekwondo juga, Join Taekwondo dari darjah 4 sampai darjah 6. Dari white belt sampai  red belt. Tapi tak   habiskan Taekwondo tu   bila dah pergi boarding school. Jadi bila Musfirah semangat nak join, saya pun tumpang excited sekali. Hehehe . Bila masukkan dia tu, memang tak de expectation apa-apa.  Siap fikir Musfirah ni   akan white belt sampai  6 tahun kot . Ye la sebab sekarang ni baru 4 tahun. Mesti dia tak pandai nak...

Lahirnya Mia Naira ke Dunia

14 Ogos 2019 merupakan satu lagi tarikh yang sangat bermakna dalam hidup saya. Lahirnya anak ke  3 yang juga merupakan Puteri  ke dua kami .  No 1: Muhammad Mukhlis No 2: Musfirah Nahilah No 3: Mia Naira  Alhamdulillah kelahiran Mia Naira melengkapkan keluarga kami. Insyaallah she will be the youngest :). Itu perancangan kami buat masa ni la. Tak tahu kalau nanti-nanti teringin lagi sorang. Hehehe . Ok, nak kongsikan sikit pengalaman melahirkan Mia Naira ni. Saya dah start sakit masa 13 Ogos siang. Tapi masa tu sakit yang macam ada tak ada lagi. Tapi bila malam tu, sakitnya dah makin rancak dan tak boleh tidur lena. Asik terjaga   sahaja . Oh ok sebelum tu nak cerita, untuk dua kelahiran sebelum ni, saya tak pernah tunggu sakit datang secara semulajadi.  Mukhlis dilahirkan masa 39 minggu. Masa tu  last check up saya ...